Assalammualaikum wbt
OMK stand for oh mak kau!!!!
tah apa2 kan tajuk entry...
tapi peduli apa aku...
OMK!!! berat badan aku nek balik..
skunk diumumkan dengan bangganya aku nak bagitau berat aku dah 53 selepas bangun tido
maknanya berat sebelum melantak apa jua gajah dan cipan untuk santapan harian
OMK!!! gila berat....
berat hati aku nak tangkap gambaq tp inilah kenyataannya
berat mata memandang...
berat lagi bila timbang..tsk..tsk..tsk
nak wat cam na kan
makan harusla xjaga
melantak sepuas2nya bila dah dpt berat badan normal
dah keja dok saja dalam opis
yang berexcersice hanyalah jari jemari
anggota badan yang lain haruslah pegun dikerusi sahaja
hanya sekali sekala kepala dihangguk2 mengikut muzik
so hambik ko
dalam sebulan kot aku da jadi besar godang(pinjam ayat cik epal jap)
pakai baju pun dah rasa ketat metat disana sini
OMK!!!!!!
so wish list adalah untuk mendapatkan kan treadmill
treadmill????(ada dato nak taja saya x)
waaaaaa mana mungkin dapat beli mesin paksa lari 2
lagi pun nak letak mana plak mesin 2 t kalo mampu milik kan
dah la umah mertua
xkan nak berlari2 anak didepan ruang tamu
sambil diperhatikan oleh mak dan bapak mertua
serta ipar duai sekaliankan
OMK!!!
so adakah saya akan godang selama-lamanya
waaa xmoooo
mesti orang cakap aku gedik kan gemuk pun nak bising
bukan nak kurus sebab nak cantik saja
tapi nak kurus sebab nak sihat n xmo rasa berat badan
kaki saya nie pernah mengalami kecederaan dulu
jadi dia mungkin akan minta ampun jika saya terlampau "ringan sangat"
so saya harus mencari jalan penyelesaian secepat mungkin
disebabkan xleh nak jogging tiap2 petang
jadi saya telah memutuskan untuk mengawal diet saya
so pas neh jangan tanya kenapa blog saya telah bertukar menjadi
blog diari makan harian saya
jadi dengan ini saya melantik diri saya
untuk menjadi tikus makmal
bagi ujikaji saya sendiri
nota kaki: nak on diet selama sebulan nak tengok berkesan ke x diet i hahahahaha...semoga dikuatkan iman n xmudah tergoda kepada makanan hahahaha
