Monday, December 17, 2012

teringgin

Assalamualaikum wbt

bila kita baca blog orang len
mesti kita teringgin nak rasa life cam diorangkan
hepi,seronok,bercuti merata2
keja tetap,duit banyak
anak cute,laki ensem
lawa,cute,kurus,stylo

mmm diorang ni xpernah sedih ka?
xpernah rasa susah ka?
xpernah risau?
xpernah dilanda ujian?
xpwrnah ada masalah

mmm bumi y mn xditimpa hujankan
bila fikir balik pekara y seronok memang cepat dikongsi
tapi macam mana dengan pekara y kurang seronok kan

aku pun macam 2
lebih suka ceritakan pekara seronok pada orang
lebih suka berkongsi hal yang mengembirakan
lebih selesa membuat orang terhibur

tapi hal yang kurang seronok
lebih selesa dipendamkan
lebih selesa disimpan
dan lebih selesa jika mengadu pada yang SATU

jadi bila fikirkan hal nie buatkan aku rasa may b life diorang pun sama macam aku.ada hepi,ada bahagia,ada gembira. ada sedih, ada masalah n ada susah.cuma diorang lebih selesa berkongsi cerita yang indah

so kenapa nak menjalani hidup seperti orang lain,kerana mereka pun tiada beza dengan kita huhu

nota kaki:i luv my family,my life and i luv Allah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 10, 2012

saja nak menaip

assalammualaikum wbt

ha baru rasa cam orang islam kan
hahahaha

lama plak xupdate blog kan
besa la aku neh wat keja ikut mud
kalo mud rajin memang byk keja siap
kalo dak.huh~harem suma xsiap kan2
tapi keja ngan irang neh bole ka nak ikut mud ko
bole la kalo 2 company laki ko hahahaha

sebenarnya xbanyak benda pun nak kongsi
2 sebab xmenulis
eh menaip ok
tapi ada ja aktiviti yang dibuatkan
tapi xrasa nak kongsi pun hahahaha

so ari nie nak ceta pasai pesyen tudung
aku suka pakai tudung bawal pesyen andoi(buaian)

sebabnya cepat,mudah dan cantik
tapi ada kelebihan dan kekurangannya
kelebihanya pada orang mulut bocor cam aku
bila time makan korang xpayah risau makan 2 tumpah
sebab tudung tadi selalu akan bertindak sebagai penyelamat
dengan menyambut segala makanan yang tumpah tadi masuk kekantungnya
tapi kekuranganya ialah bila minum air
korang rasa mulut bocor tapi kenapa xdak kesan basahan pun
tapi apabila material kain tudung tersebut xdapat membendung jumlah air yang telah ditumpahkan maka dia pun akan mengalir sendirinya lalu membasahi tempat yang terdedah hahahaha


 tengok ada kesan basah kat tudung


nie bukan air kencing yer..nie la kawasan tadahan air hujan tadi hahaha

nota kaki:tudung neh menjadi penyelamat pada orang mulut bocor tahap 1 jer,kalo tahap dewa punya mulut bocor,mintak ampun tudung tersebut basah kuyup hahahaha

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, December 4, 2012

suami

kenapa masih ramai isteri menderita kerana suami?
pelbagai pengalaman rumah tangga masing-masing, namun selalunya berkisar hal suami, suami dan suami.
kekadang masalah timbul kerana isteri dapat suami yang dah baik dah tetapi kerana expectations isteri tinggi dan suami tak capai , isteri rasa tak puas hati lalu banyak komplen dan kritik serta nyatakan ketidakpuasan hati itu, niat isteri untuk memberitahu suami akan hal yang sebenar supaya suami tak ulang lagi hal yang sama atau suami akan ubah perangainya yang isteri tak suka tu,..
kesannya?
isteri sudah tentulah mengharapkan tekniknya berjaya merubah suami,..
tapi?…
kesannya pelbagai,..
jika isteri menyatakan rasa tak puas hati itu dalam bentuk leteran dan bila kecewa atau bergaduh mengungkit dan naik suara,..
hmm,.. kesannya, suami akan rasa tercabar. marah balik , gaduh jadi panjang atau dapat suami yang memendam , dia akan pendam.
dah bertahun begitu, lama-lama timbul dalam hatinya keinginan untuk mencari wanita lain yang dia rasa tak kisah kan sikap dia, sayang dia ikhlas dan terima dia seadanya, tak sibuk dok nak ubah diri dia,..
isteri tetap menderita,.. sebab suami tak berubah,.. malah akan duduk terkedu bila sampai satu tahap suami dah sibuk bercinta dengan wanita lain, apatah lagi bila suami serius untuk membina hidup dengan wanita yang dia dah cari kesan tekanan dari siisteri yang asyik mahu suami berubah tadi,..
jadi,kalau macam tu, tak boleh lah kalau mahu suami berubah dan isteri tu kena memendam rasa je ke melihat perangai suami yang dia tak berkenan?
…
sebenarnya,
di sini perlu ada muhasabah si isteri..
1. perangai suami yang nak diubah tu, serius ke?( Firaun yang zalim “giler’ tu pun Asiyah tak sibuk nak ubah malah sentiasa bercakap lembut dengannya).
2. kalau suami tak berubah , macamana? menyesal kahwin dengan dia?
3. cara nak ubah suami,.. bagaimana?
isteri kena sedar, teknik kena betul,..kalau benar tak tahan dengan perangai suami , kena bagitahu dia cara lembut dan tak perlu ulang sentiasa. cakap baik-baik sekali atau selang berapa lama sekali lagi,.. kemudian diamkan. banyakkan doa,.. bila ada peluang, cakap lagi secara lembut dan penuh senyum.
untuk isteri senyum bila nak sampaikan rasa tak puas hati, kena ada rasa cinta yang tinggi dalam hati si isteri dan anggap perkahwinan adalah perkongsian hidup antara dua insan yang berlainan didikan dan latar belakang pembesaran (ehh,.. adik beradikpun payah nak hidup sekali, itu lahir dari rahim yang sama tu), bukannya masuk dalam perkahwinan tu dengan niat, oh aku mesti dapat apa yang aku nak dan suami mesti begini dan begitu, ..
kena tolak ansur,.. tolak yang mana negatif dan ansur yang positif.
yang negatif apa?..
rasa nak betulkan suami tu,..
selagi apa yang dia buat tu sekadar ranting jer, bukan masalah pokok, tolak tepi jelah rasa tak puas hati tu, kita pun bukannya perfect.
isteri ni kekadang banyak yang anggap suami tu hak dia, bukan setakat hak dia, hak eksklusif lagi,.. ada brand, trademark nama dia kat diri suami tu,..
hak mutlak aku!.. jangan sesiapa nak kacau,..
hmm..
boleh kalau nak rasa begitu tapi kita kenalah tip top , macamana Khadijah layan Rasulullah. berkorban harta, manis kata-kata serta wajah dan sentiasa mendahulukan perasaan suami dari dirinya,.. tak pernah komplen dan sentiasa berlapang dada.
sebenarnya, suami bukan hak kita, langsung tak.. setitik pun tak,.. kalaulah suami tu hak seorang wanita, maka dia adalah hak ibunya,.. tapi itu juga tak,.. tiada insan lain yang boleh mengakui seorang insan lain sebagai haknya,..  dia anugerah yang ALLAH swt bagi pada kita untuk kita peroleh pahala padanya bila kita berbakti ikhlas kerana ALLAH dengan kasih dan cinta kita . dengan kelembutan dan ketaatan kita. dengan kepatuhan dan senyum manis kita… tanpa mengira siapa suami itu dan status perkahwinan kita.
bahaya bila kita letak expectations begini dan begitu pada suami. dan bahaya juga jika kita sentiasa berniat untuk mengubah nya dan letak pula status bahagia itu jika suami tak buat lagi perangai yang kita benci.
pandang dia dengan kasih dan letakkan rasa lucu bila dia tetap dengan perangainya,.. hmm, suamiku, tempat aku berbakti dan mendapat redho Ilahi. dan perasaan ini tidak berakhir walau dia mahu menambah isteri, …
insyaallah. pilihlah bahagia dunia akhirat dari derita sepanjang hayat dan entah -entah derita dunia petanda derita akhirat juga. nauzubillah. dunia hanya tempat untuk kita mengutip perbekalan. kutiplah perbekalan yang telah ALLAH sediakan melalui suami.
berubahlah. selagi nyawa belum berada di halkum, selagi itu kita punya masa,.. tiada istilah terlambat. insyaallah.
hasbiallah.
wallahu alam.

sumber:http://hatiwanita.wordpress.com/page/6/

Friday, November 30, 2012

uiii sonot sonot

Assalamualaikum wbt

saja jer nak share
sonot xterhingga aih patut la bila pakai jeans lama da xketat lagi
rupanya berat saya dah
.
























kosong...hahahaha...sangat mustahil yer kawan2...bukan apa nak snap pica tetiba blank plak penimbang i2...haih~ berat sebenarnya saya ialah























yeah!!!!dah mencecah 49 yer saudara saudari sekalian...alhamdulillah....kalo 49 saja lagi sonot la aku...melompat sampai kebintang agaknya...hahaha


nota kaki: kalo nak bagi ringgan sila timbang berat badan anda tanpa memakai seurat benang pun...tapi hanya praktikal dirumah ya kawan2...t jangan nak salahkan aku plak kalo korang kena tangkap masuk wad gila sebab berbogel secara terang-terangan dishoping complex dihadapan mesin penimbang disaksikan oleh sekalian alam hahahaha....mak xsalah...






Published with Blogger-droid v1.7.4

makanan saya suka

assalammualaikum wbt

2,3 hari neh asyik wat entry pasai mkn ja kan.
saja la,dari xdak apa nak tulis kan

 
1st aku memang jatuh cinta sangat dengan tutti frutti
sebabnya walaupun dia nampak cam desert tapi dia sangat tidak mengemukkan
may b sebab dia yogurt kot kan
aku xtipu selama aku dok makan xpernah la plak pas aku timbang berat badan aku mendadak nek
then bole letak topping macam2 kan
so topping pilihan aku ialah cornflakes dengan muesli yang sampuran oat n buah kering 2,sangat sedap ok
then bahagian lemaknya letak coklat kegemaran saya iaitu m&m
wow sangat sedap campuran semua 2.


then makanan ke2 plak twister kfc
baru ja try makan tengahari tadi
sebab aku da makan nasi pagi tadi so aku kena la makan ringan sikit tengahari kan
so disebabkan saya amat mengemari capati yang ranggup dan kurang kalori so try la makan twister
then bila aku order kat minah kfc 2 bole plak dia dok terang 1 per 1 ingredients twister 2 bila aku request twister w/out sos honey mustard 2.
dia bole xpuah ati dok tanya semua orang xpa ka kalo twister xletak sos
then manager dia cakap xpa la dah dia nak
ha 2 la jawapan aku nak kasi kat minah 2
ko kisah apa sedap ke x
kan aku yang nak makan
bukanya aku nak suruh ko makan
haih org cam nie pun ada kan
tapi bila makan tanpa sos sangat sedap dan terbekenan la plak
boleh la nak dijadikan makanan rugi tapi bukan selalu la kan
sebab dia ada ayam goreng yang bole meningkatkan kolestrol dalam badan

nota kaki:ari 2 p wat test darah,boleh pulak kolestrol dalam badan aku tinggi,haih~punya dok rasa diet n aktivi harian aku sehat,rupanya tidak hahaha.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 27, 2012

nostalgia waktu kecik konet

assalammualaikum wbt

bertemu lagi kita untuk entry kali ini hahaha
korang ada ak makanan fav korang masa dak2 sekolah dulu?
salah 1 makanan fav aku adalah nestum
tapi bukan yang lembik2 setelah dibancuh dengan air i2(iyeek xsedap)
nie yang kering kontang dan ranggup2 i2
sangat lazat ok

tetiba teringat nak makan nestum neh,selepas dok teringat biskut nestum raya ari 2 yang sangat sedap i2..*kecur air liur*
then disebabkan aku neh memang sedia ada rajin nak turun dapoq nak wat biskut bagai
so aku ambik langkah mudah dengan makan nestum 3 in 1 begitu saja
sedap weh,rasa cam biskut nestum jugak la tambah pulak ada susu n gula lagi kan..
pergh sangat teringat masa dak2 ingus dulu kan

dulu xdak 3 in 1 bagai kan
yang ada nestum saja dalam tin dia
then aku campoq kan nestum dengan gula lalu diratah begitu saja
sungguh asyik rasanya

tapi skunk aku cari xdak plak nestum saja
yang aku jumpa 3 in 1 punya
3 in 1 pun 3 in 1 la janji rasa sama hahaha

nota kaki :korang pun mesti ada tabiat yang sama kan masa kecik dulu kan, sama ada ratah milo or susu tepung begitu saja kan kan.betoi dak?




Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 22, 2012

lari dan terus lari

assalamualaikum wbt

proper sikit ari neh,ari jumaat kan uolls
sebenarnya dek non nak ceta pasai aktiviti fav y terpaksa dilupakan setelah menjawat jawatan baru neh
balik lewat ao xdapat la nak luang kan masa nak beriadah petang
nie la salah 1 satu aktiviti y membuatkan aku menjadi fit walaupun xseperti dulu hahaha
(jelez tengok orang ngandung then lepas deliver kurus balik cam sebelum pregnant)

jogging neh memang penat,tapi bila lepas lari beround2 n kuaq peluh,pas 2 badan rasa sihat kembali.
so kalo nak jadikan aktiviti harian dinasihatkan konsisten
sebab bila kita berhenti memang pas 2 kita rasa malas nak wat
even aku pun kekadang malas tapi terpaksa paksa diri tuk lari jugak
yer la nak berat badan ideal kena la berkorban
nie cakap ja nak kurus tapi bila suruh jaga makan n excersice xmo la, penat la, rugi la
haih~susah kalo xdapat disiplin kan diri sendiri
so accept ja la berat badan anda hahaha

bila lama xjogging neh dia rasa badan cam berat ja
walaupun berat badan dah 50kg skunk
series kalo suruh berlari sepuluh round stadium neh mesti pancit
nak wat cam na kan masa xmengizinkan
so ari ahad ja y free tuk kuar g jogging
2 pun kalo rajin bangun awai hahaha
at least seminggu sekali gak la kena p jog
kalo dak mesti badanku macam tong drum
huhuhu

nota kaki:kalo nak jogging cari kasut y sesuai, baru syok nak berlari huhu

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 21, 2012

tudung saya berharga 25 hinggit

hahaha
xdak keja kan saya ini
padahal belambak keja y telah diberikan kepada saya untuk disiapkan
rasa cam kak neh membalas dendam plak kat aku.
ye la invoice y dr bulan jan sampai nov suruh aku wat rekord
pergh bukan seratus 2 ratus,beribu raban aku rasa
then bole plak wat statement banyak dak?
rasa cam nak cakap xla xbanyak neh sekelip mata saya recordkan
tapi aku sabar kan je la ati,tuk turut perintah mem besar haha

jeles la 2 aku dok opis goyang kaki
dia plak berdiri kena layan customer
owh xbaiknya saya

so sejak 2 menjak neh asyik dok pening weng2
ari nie plak xdak mud nak mai keja
so mud untuk melawa ke tempat keja pun tarak
tadi antaq mohd pun xpakai make up
tapi dicover dengan sepek mata besar ala gogle orang mesin rumput i2
siap dak2 kat nursery 2 kuaq tengok sapa yang poyos sangat i2
hahaha ada mak cik kisah

then disebabkan main capai ja tudung y ada n xpayah iron
maka aku pun telah memilih tudung yang ketat mengcengkam kepala otak
walaupun kelihatan glamor tapi bila sakit pala,ia bole mengundang rasa untuk menarik buang sahaja tudung tersebut
nasib baik iman masih kebal didada
lalu masa break saya telah mencari tudung y murah dan selesa.tuk dipakai
harusla cari y murah sebab budjetku telah lari bulan neh
so dengan mengunakan duit y diberi oleh laki saya,tanpa rasa bersalah saya merembat tudung yang berharga 25 hinggit i2
hahaha

nota kaki:dah beli tudung kena beli kerongsang baru bestkan.jumlah kerugian saya adalah 35 hinggit
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, November 19, 2012

syok sendiri

entry kali neh saja nak tunjuk style tangkap gambaq pilihanku,bila da selalu tangkap gambaq kita mesti bole tau kelebihan n kelemahan muka n badan sendiri
n bagi aku, aku suka tangkap gambaq sisi,sebab saya nmpak kurus hahaha..
bole dikatakan semua gambaq aku posing sama xcaya sila saksikannya hahaha

nota kaki:sila telan ubat muntah sebelum membaca entry ini hahaha

style konon cute n mintak lempang (bukan lempeng)









 


style ayu cik salmah







 


style sakit mataku sakit matamu jua







neh style baru mak bedah balik umah

Published with Blogger-droid v1.7.4

teman baru diopis

kemarin aku bawak budak kecik neh mai opis
seronok plak dia dok kay opis aku neh
bukan saja2 nak bawak,tapi dia xsihat n xmo makan
so aku risau t antaq sana depa biaq ja dia xbagi makan plak t kan

bila mai opis xmacam sakit la pulak
melompat sana sini
macam2 dia nak wat
haih~pening2 mamy dibuatnya
mamy napa nie,mamy napa tue
mamy mohd nak tengok thomas kat laptop mamy
mamy bole x mohd dok sini
mamy mohd xmo dok sana
huh~sabar ja la
aku warning suruh dok diam2 pun xjalan
bukan apa barang kat opis neh bukan mak dia punya
dah la mahai2,sat tergores dan menang ka?terconteng ka?cam na aku nak jawab kan
so memang pas neh xleh bawak dah la mai opis

tapi bila dady dia ambik balik umah
rasa sunyi plak n teqa nak tunggu masa nak balik 2 rasa punya lama jam 2 nak gerak
bila dia ada rasa sat la plak hahaha
konpius kan
may b bila dia ada masa aku terisi dengan melayan karenah dia kot huhuhu

nota kaki:sonot dapat beli perfume y diidam2kan walaupun budget lari hahaha..ada aku kesah
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, November 17, 2012

ceria diopis


salam..

pagi2 ahad orang sedap tido n rest kat umah
aku plak keja diopis waaaaaa
tension betoi la tapi nak wat cam na kan da tanggungjawab

pagi2 da bangun masak sup sayoq kat mohd
pelikkan anak aku
budak2 mana ada suka sayoq
tapi dia terbalik pulak,nasi xmo makan
tapi sayoq especially brokoli n karrot mnjadi idaman kolbu dia
hahahaha..
da.seminggu xsihat so sup sayoq ja la dia mo makan
xpun coklat
haih~mintak2 la cepat lega sakit kerongkong dia
cian aku tengok,makan pun xmo
sakit dada bila tengok dia tolak makan mentah2
mohd cepat sembuh ya

suppose aku memang cuti ari nie
tapi aku tukar dengan ari sabtu sebab ada kenduri kendara sepupu
so terpaksa la mai keja ari neh
tapi akj xkisah bos aku neh xberkira sangat
so aku ok ja mai keja ari ahad dengan penuh ceria hahaaha

nota kaki:sampai lewat sebab xtau nak pakai baju apa,so men sarung ja apa yang ada huhu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 16, 2012

kisah si pencuri bunga


alkisah..taib
maka tersebut la kisah taibbb..
hahaha

xbetoi aku neh sengget agaknya ari nie..
sebenarnya teman nak kabo kat kamu
bunga kat kasut teman kena curi
so cacat la kasut teman dengan berbunga disebelah telinga sajok
xbape nak ayu dah kasut kerana ia kelihatan togel disitu
ati neh marah la juga..bukan jugak tp memamg marah la ka..
tapi xpe la nasib ko curik bunga ja kalo ko curik kasut,alamt berkaki ayamla teman balik umah, ya idokk..

tapi jangan gundah gulana ya tuan2 dan puan2
hamba dah beli dah pun bunga y baru untuk diselitkan ditelinga kasut ambo yang sebelah lagi.
so kasut ambo kelihatan kembali ayu hahahaha

nota kaki: mohd pun dapat seketoi jitbitz ben 10 tuk kasut beliau,tapi beli la apa saja kat budak neh, makan xmo jugak.rungsing pala hotak mak ko neh nak.apa kena mengena jitbit ngn makanan pulak kan kawan2.lantak la huahuahua
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 15, 2012

maal hijrah

salam maal hijrah buat semua...semoga tahun baru kali nie membawa seribu keberkatan dalam hidup kita semua...

penghijrahan yang diharapkan adalah penghijaran daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada lebih baik...amin In sya Allah...

mohon kepadaMu Ya Allah semoga tahun baru kali nie membawa sinar kebahagian buat kami sekeluarga...amin Ya Allah

Thursday, October 18, 2012

ari tambah umo buah atiku

Terlebih dahulu ini aku panjatkan rasa syukur kepada Allah diatas pemberian anugerah yang terindah didalam idup aku. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepadaku untuk membesarkan dia dan mendidik dia dengan penuh kasih sayang.

Rasa bertuah mempunyai anak sepetah mohd,keletah dia buat semua orang tersenyum,penghibur dikala sunyi. Dan alhamdulillah sekarang dah masuk 3 tahun dia bersama aku n dd, bahagia rasanya.

Balik pada niat asal nak bercerita tentang perihal harijadi dia.umo 3 tahun dan kek dan sambutan pun dibuat sebanyak 3 kali huhu.1st dirumah, tok wan beli kek boboboi tuk ilangkan rasa bersalah tok wan sebab 30hb 2 tok wan..ada kursus,2nd time di tadika,aku beli kek thomas,bihun n goodies beg tuk kawan2 mohd,3rd dirumah,kek thomas juga tapi besaq sikit dari y kay sekolah..kek 3rd sangat memuaskan padahal aku bg design dia simple ja tapi dia wat sangat cantik n ramai orang puji kek mohd.xrugi bayaq mahai huhu.

Alhamdulillah segala y dirancang berjalan lancar,xsia2 aku perah otak n tenaga selama sebulan dik google pasai nk wat bufday anak kesayangan y bertema kan thomas.dari goodies beg,coklat,koko krunch,train lolipops semua mempunyai muka en thomas,hatta maka en mohd pun sangatla hepi lalu melompat2 sepanjang majlis berlalu.

Lauk pauk y dihidang pun bole tahan sedap,sampai licin dibuatnya n tuan rumah sendiri kempunan nak merasa hahaha.alhamdulillah xmembazir semua habis..tetamu pun begitu meriah meraikan suasana hari raya,haha..apa kes hari raya plak hari jadi mohd la kan.

Terima kasih xterhingga aku ucapkan kepada keluarga mertua, chat, mak su aka bakal adiq ipaq yang banyak tolong aku menjayakan majlis mohd.kalo xdak diorang memang xjalan la majlis neh seperti yang dirangcangkan. Dan of coz syukur kepada Allah kerana segala urusan majlis dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Xlupa juga terima kasih kepada semua yang sudi datang kerumah,terharu sangat..sanggup datang kemajlis kami yang kecil2an ini..kalo silap salah dan terkurang harap dimaafi ya..

Nota kaki:entry y bole tahan pendek,yang panjang dah karang tp sekali error plak dah la.berjela aku upload pica..hampeh betoi blogger-droid neh,nyusahkan aku saja.

Adiah tuk mohd: mamy doakan semoga mohd menjadi anak yang soleh dan sentiasa berjaya dalam hidup,semoga dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan tubuh badan yang baik dan menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang.amin..
Published with Blogger-droid v1.7.4