kenapa masih ramai isteri menderita kerana suami?
pelbagai pengalaman rumah tangga masing-masing, namun
selalunya berkisar hal suami, suami dan suami.
kekadang masalah timbul kerana isteri dapat suami yang dah
baik dah tetapi kerana expectations isteri tinggi dan suami tak capai , isteri
rasa tak puas hati lalu banyak komplen dan kritik serta nyatakan ketidakpuasan
hati itu, niat isteri untuk memberitahu suami akan hal yang sebenar supaya
suami tak ulang lagi hal yang sama atau suami akan ubah perangainya yang isteri
tak suka tu,..
kesannya?
isteri sudah tentulah mengharapkan tekniknya berjaya merubah
suami,..
tapi?…
kesannya pelbagai,..
jika isteri menyatakan rasa tak puas hati itu dalam bentuk
leteran dan bila kecewa atau bergaduh mengungkit dan naik suara,..
hmm,.. kesannya, suami akan rasa tercabar. marah balik ,
gaduh jadi panjang atau dapat suami yang memendam , dia akan pendam.
dah bertahun begitu, lama-lama timbul dalam hatinya
keinginan untuk mencari wanita lain yang dia rasa tak kisah kan sikap dia,
sayang dia ikhlas dan terima dia seadanya, tak sibuk dok nak ubah diri dia,..
isteri tetap menderita,.. sebab suami tak berubah,.. malah
akan duduk terkedu bila sampai satu tahap suami dah sibuk bercinta dengan
wanita lain, apatah lagi bila suami serius untuk membina hidup dengan wanita
yang dia dah cari kesan tekanan dari siisteri yang asyik mahu suami berubah
tadi,..
jadi,kalau macam tu, tak boleh lah kalau mahu suami berubah
dan isteri tu kena memendam rasa je ke melihat perangai suami yang dia tak
berkenan?
…
sebenarnya,
di sini perlu ada muhasabah si isteri..
1. perangai suami yang nak diubah tu, serius ke?( Firaun
yang zalim “giler’ tu pun Asiyah tak sibuk nak ubah malah sentiasa bercakap
lembut dengannya).
2. kalau suami tak berubah , macamana? menyesal kahwin
dengan dia?
3. cara nak ubah suami,.. bagaimana?
isteri kena sedar, teknik kena betul,..kalau benar tak tahan
dengan perangai suami , kena bagitahu dia cara lembut dan tak perlu ulang
sentiasa. cakap baik-baik sekali atau selang berapa lama sekali lagi,..
kemudian diamkan. banyakkan doa,.. bila ada peluang, cakap lagi secara lembut
dan penuh senyum.
untuk isteri senyum bila nak sampaikan rasa tak puas hati,
kena ada rasa cinta yang tinggi dalam hati si isteri dan anggap perkahwinan
adalah perkongsian hidup antara dua insan yang berlainan didikan dan latar
belakang pembesaran (ehh,.. adik beradikpun payah nak hidup sekali, itu lahir
dari rahim yang sama tu), bukannya masuk dalam perkahwinan tu dengan niat, oh
aku mesti dapat apa yang aku nak dan suami mesti begini dan begitu, ..
kena tolak ansur,.. tolak yang mana negatif dan ansur yang
positif.
yang negatif apa?..
rasa nak betulkan suami tu,..
selagi apa yang dia buat tu sekadar ranting jer, bukan
masalah pokok, tolak tepi jelah rasa tak puas hati tu, kita pun bukannya
perfect.
isteri ni kekadang banyak yang anggap suami tu hak dia,
bukan setakat hak dia, hak eksklusif lagi,.. ada brand, trademark nama dia kat
diri suami tu,..
hak mutlak aku!.. jangan sesiapa nak kacau,..
hmm..
boleh kalau nak rasa begitu tapi kita kenalah tip top ,
macamana Khadijah layan Rasulullah. berkorban harta, manis kata-kata serta
wajah dan sentiasa mendahulukan perasaan suami dari dirinya,.. tak pernah
komplen dan sentiasa berlapang dada.
sebenarnya, suami bukan hak kita, langsung tak.. setitik pun
tak,.. kalaulah suami tu hak seorang wanita, maka dia adalah hak ibunya,.. tapi
itu juga tak,.. tiada insan lain yang boleh mengakui seorang insan lain sebagai
haknya,.. dia anugerah yang ALLAH swt bagi pada kita untuk kita peroleh
pahala padanya bila kita berbakti ikhlas kerana ALLAH dengan kasih dan cinta
kita . dengan kelembutan dan ketaatan kita. dengan kepatuhan dan senyum manis
kita… tanpa mengira siapa suami itu dan status perkahwinan kita.
bahaya bila kita letak expectations begini dan begitu pada
suami. dan bahaya juga jika kita sentiasa berniat untuk mengubah nya dan letak
pula status bahagia itu jika suami tak buat lagi perangai yang kita benci.
pandang dia dengan kasih dan letakkan rasa lucu bila dia
tetap dengan perangainya,.. hmm, suamiku, tempat aku berbakti dan mendapat
redho Ilahi. dan perasaan ini tidak berakhir walau dia mahu menambah isteri, …
insyaallah. pilihlah bahagia dunia akhirat dari derita
sepanjang hayat dan entah -entah derita dunia petanda derita akhirat juga.
nauzubillah. dunia hanya tempat untuk kita mengutip perbekalan. kutiplah
perbekalan yang telah ALLAH sediakan melalui suami.
berubahlah. selagi nyawa belum berada di halkum, selagi itu
kita punya masa,.. tiada istilah terlambat. insyaallah.
hasbiallah.
wallahu alam.
sumber:http://hatiwanita.wordpress.com/page/6/